Kembara Indochina 2017 : Thailand (Chiang Rai dan Chiang Mai)


    Kalau sebut thailand, biasanya lokasi mana yang orang terfikir/travel akan pergi? Hatyai and krabi kan? Okay both ni memang best. Dan yang paling popular kat sana is makan-makan, urut and pantai. HAAAAA. Mana lagi tempat yang korang boleh pergi kalau ke thailand selain hatyai dan krabi tu? Okay untuk trip indochina haritu, aku sempat lah cover beberapa tempat kat thailand which is Bangkok, Chiang mai, dan Chiang Rai. Apa ada kat sana? Jom!


So, since aku dari cambodia (siem reap) haritu memang akan masuk thailand dari bangkok lah. Korang boleh naik bas nak across border dan cara lain pula ialah naik train. So, aku decide untuk naik bas sebab bas lagi flexible dengan masa aku. So, aku pilih mekong express sebab masa sesuai dan harga murah jugak yang mana aku gerak around 7 pagi dan bayar USD 18 je.  Sampai bangkok around 3-4 tengah hari  dan direct cari train station nak shoot ke Chiang Mai. Ouh, untuk pengetahuan korang, tiket train ni korang boleh beli online kat 12go ni and better korang beli awal lah sebab last minit ni kita tak leh jangka. kot-kot penuh ke kan. Kalau nak check timetable lak korang boleh check kat Seat61. Tips aku kalau korang pergi berdua and nak naik sleeper train, better korang beli satu upper bed, satu lower bed. So, nanti time tak bukak katil lagi korang boleh duduk face to face. Kalau tak, nanti kau duduk lah berhadapan dengan stranger. Unless kau jenis ringan mulut mintak tukar tempat duduk sementara.




Untuk trip pergi tu aku amek train dalam pukul 6 petang so nanti sampai sana pagi sebab total masa perjalanan bangkok-chiang mai adalah 13 jam. Hahah. So, kalau kau tak amek sleeper train memang meninggal duduk 13 jam dan kami pon memang decide nak amek train malam untuk menjimatkan bajet tang penginapan. haha. Okay sampai je kat Chiang mai, kami terus amek bas(3 jam perjalanan) nak ke chiang rai.


Antara tempat yang kami lawat kat Chiang Rai ni adalah Wat Rong Khun. Okay first aku sampai sini memang kagun gila. Lawa oi. Serba putih, dengan corak-coraknya lagi. Fuh. Berbaloi lah. Hah cara nak sampai sini dari pekan chiang rai tu, korang boleh naik bas, tuk tuk or grab. Macam kiteorang, decide untuk naik bas sebab murah (THB 20 je), bas kaler biru. Fee untuk masuk wat rong khun ni pon murah which is THB50 je.







Okay selain dari wat rong khun nie, korang boleh jugak pergi blue temple, pusing-pusing pekan Chiang Rai which is diaorang memang dah sediakan peta untuk beberapa checkpoint untuk attraction kat chiang rai. Contoh, masjid, golden clock dan beberapa temple yang boleh reach jalan kaki je. Sempoi.


Chiang mai

Okay chiang mai nie menarik nya sebab dia punya bandar petak dan  dikelilingi parit. Nampak teratur lah. First2 aku sampai sana, aku terbayang suasan perang badar, ye lah digambarkan perang tu buat parit yang dalam keliling bandar kan? ke aku salah. hahah Okay jom sambung, mana yang aku pergi area situ?


Okay Wat Lok Molee adalah first tempat yang pergi aku lepas sarapan tu sebab tu paling dekat dengan hostel kami. Tak banyak benda pon buat, as usual masuk, amek gambar, lepak-lepak baca berkenaan temple tu then cau. Sarapan pagi tu pulak kami sarapan kat warung je. Makcik tu bukak gerai atas motor dekat-dekat hostel tu. Simple je.



Next, Wat Chedi Luang. Okay yang nie menarik sikit. Entrance fee THB40 and dalam nie ada banyak banggunan. Tertibe rasa special sikit jadi laki. haha. Sebab ape? Hah ade satu banggunan nie nama Inthakin Pillar Vihara. Hah banggunan nie perempuan tak boleh masuk tau untuk jaga kesucian. Special kan.


Dalam nie jugak ada giant pagoda. Lawa weyh. Cuma biasalah, banggunan dah lama kan. Cacat sini cacat sana. But still lawa. Sedihnya is tak boleh panjat tangga-tangga tu. Maybe sebab takut banggunan tu rapuh. Bahaya pulak.

Lepas tu kami dok jalan-jalan lagi area situ. Hah night market chiang mai best gak. Panjang oi. The only food yang aku ingat sampai sekarang kat situ is somtam. Sedap!! tengah taip nie pon terliur. 😂


Niat hati konon nak habis kan thai terus, tapi macam panjang sangat pulak kang korang bosan. So, mana lagi yang aku pergi area thailand nie? Tunggu lah jap. haha Nanti aku sambung. So, untuk yang tertinggal train. Boleh follow trip aku nie kat entry:

Pengalaman hadap scammer di Ho Chi Minh

Comments