Kembara Indochina 2017 : Mui ne, Vietnam

Hai
  Trip indochina ni memang aku paling tak sabar2 since akan dapat pengalaman baru which is akan cross border overland. Walaupun tak cover seluruh indochina, dapat lah jugak cover untuk 3 negara (Vietnam, Cambodia, & Thailand) dalam masa 2 minggu. Dekat setahun awal gak aku beli tix direct ke Ho chi minh yang berharga Rm40 more or less. Lets.



So, sesampainya kat saigon aku terus catch bus kat airport tu untuk ke ben than. Korang boleh dapatkan bas ni berhampiran "burger king". Untuk sampai ke ben than, korang kena bayar VND10,000. Hah, ada sekumpulan malaysian jugak tau time naik bas ni. Dan benda yang paling memalukan is they keep tawar menawar harga bas tu sampai one of their staff nak buang dah beg diaorang. Komon lah, kalau convert harga tu baru rm 2 tau. Tak kan itu pon nak paksa2 orang kurangkan harga. Alright, sampai2 je kat ben than aku terus menggagau cari bas nak ke mui ne sebab memang tak beli tix pape lagi. Tanya lokal2 kat sana pon sampai sesat2 sampai lah jumpa bus stop and guest what? Stesen bas tu takde pon bas nak ke mui ne. Akhirnya terjumpa lah satu travel agent ni and yes memang ada so, apa yang aku boleh simpulkan is bas nak ke mui ne memang hanya di jual di travel agent je and bas diaorang pon memang akan amek depan travel agent tu sendiri. Aku amek "Sleeper Bus" yang mengambil masa almost 6 jam. gerak pukul 2 tengah hari, sampai 8 malam. Kalau korang nak jimatkan duit untuk tidur malam, korang boleh lah amek bas malam dan sampai pagi esok nya. Selain daripada bas pergi dan balik, aku amek jugak pakej tour untuk sand dunes (sunset) dengan harga total 23USD.



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on


Tour sand dune tu start pukul 2 so, kami memang plan bangun lambat. Kahkah But pagi tu sempat lah makan vietnamese spring roll. Yummy! Makanan ni korang kena try lah kalau sampai vietnam. Tepat pukul 2, abang jeep tu amek kami depan hostel. At first kami risau gak sebab resit2 tu abang bas dah amek. Tapi nasib baik memang tak yah tunjuk resit pon. First2 abang jeep bawak kami ke fairy stream. Part sini tak menarik sangat since kami sampai tu hujan dan air sungai tu naik lah sikit dan menyukarkan kami bersama pengunjung untuk merentasi sungai. Entrance VND 5,000. For me, tempat ni berbaloi kalau abang jeep tu bagi masa lebih sikit.



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on



Lepas dah setel bergambar2 di fairy stream, abang jeep tu bawak kami ke fisherman village pulak. Okay part ni aku rasa sangat lah tak berbaloi pergi since sini busuk dan takde apa-apa sangat pon except sampan bulat tu dan pantai. Tapi bau busuk tu spoiler habis lah. Nak bernafas pon susah.



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on





A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on


Destinasi seterusnya ialah tempat yang aku tunggu-tunggu kat mui ne ni which is "White Sand Dune". This place adalah tempat yang aku rasa paling berbaloi. Entrance fee dia VND 15,000 dan kalau korang nak naik ATV or jeep kena bayar extra. Kami tak naik pon sebab kedekut. Luckly masa cukup tapi kami takde lah jalan jauh sangat. Sebab fikir masa dan tenaga lagi. But its great. Kalau korang ada duit lebih, amek lah ATV at least. Boleh main lumba-lumba, harga VND 40,000 kalau tak silap.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on
 



A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on


Last but not least, kami pergi pulak ke "Red Sand Dune". Tempat nie ramai sangat orang, maybe sebab dekat dengan town dan no entrance fee. Kat sini pulak korang boleh try main sand surfing. Papan tu boleh sewa dengan harga VND3,000 untuk unlimited usage kat budak-budak area parking tu. Cuma prefer korang jangan lah pakai baju/seluar warna putih.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Ramai kan? ni baru satu part tau. 




Ni Sand surfing yang aku cakap kat atas tu. Nice kot. 


And yes, akhirnya jumpa sunset kesayangan tu. She's so beautiful. 


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Suggestion aku, better korang sewa motor lah kot. Boleh duduk tempat yang korang suka tu selama mana yang nak. Tak tau jalan? Chill guys, sekarang dah banyak apps yang boleh guna maps online antara nya is maps.me dan google maps.

So, malam tu bas kami ke ho chi minh pukul 11 malam. Then kami habiskan masa dengan jalan2 tepi pantai. Tengok makanan-makanan exotic. Tepat 11 malam, bas amek kami depan hostel. Staff hostel tu sangat lah baik sebab even kami dah check out pon, diaorang pelawa minum dan siap pelawa lepak rumah dia lagi rehat2 sementara tunggu bas. Korang patut try lah hostel ni >> "Mui Ne Victory Guest House" Staff sangat2 lah friendly.

Okay guys berjumpa lagi untuk next entry kay! 

Comments