Krabi Thailand



Masa aku mula2 belajar travel ni dengar orang cakap krabi ni kire lesen backpack tau. Tapi entah tang mana lesennya tah. So, entry kali ni aku nak ceritakan pasal pengalaman aku pergi krabi haritu. Plan asal 10 orang tapi end up tinggal 4.5 orang. Bagi aku okay je as long tak dari 10 jadi sorang. Okay jom!!

Kami beli tiket awal tau (setengah tahun jugak lah rasanya), sebab dah start bincang kan. That time, semua pakat lah beli tiket sendiri2. Rupanya date tu aku dah start kelas rupanya, tak memasal kena ponteng kelas (sehari je). On 15 feb 2017 pukul 11 kiteorg dah gerak ke putrajaya, parking sana. Murah lah rasanya banding dengan tempat lain. Sehari rm6 dan naik KLIA Ekspress pon murah. Harga asal rm9.40 dan kami dapat diskaun 10% sebab pakai debit/credit card. Perjalanan pon tak amek masa lama. 15mins sampai dah.



Sampai2 je kat krabi airport tu, van dah tunggu kami. Van ni memang kami dah book siap2 dari malaysia (Thb300). Terus shoot ke hostel, check in dulu sebab dah lewat. So, malam pertama tu kami just jalan2, makan2, minum2, cuci2 mata je kat kedai2 depan aonang beach tu dan bergambar lah kat aonang beach tu memalam buta. Sambil2 tu kiteorang cari pakej untuk masuk pulau esok.

A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on
Okay kat sini ade banyak table untuk amek pakej pulau dan mostly semua harga lain2. Korang kena pandai borak sebab kat pamplet harga mahal namati. Nego sikit2, tapi jangan korang dah nego kaw2 lepastu tak amek dengan dieorg. Memang kena aim lah. Antara pakej island yang korang boleh pilih kat sana is :

3. Phi Phi Island   






Keesokan pagi, kami turun breakfast kat bawah (hostel sedia kan). Then terus tunggu van yang kiteorang amek untuk ke jetty. Pakej Hong Island kami thb800 complete set, ade makan, equipment, transfer dari hotel ke jetty dan sebaliknya. Kawan aku prefer ke sini sebab katanya tak ramai orang compare to yang lain. So, aku follow je lah.





Lepas balik dari Hong island, kiteorang lepak2 kat hostel sekejap, then jjcm! Not bad jalan cari makan kat sini dan tak lupa jugak, kami lepak2 layan liveband. Chill, order coke sudah. Hah, nak jadi kan cerita ade mat salleh nie mabuk dok sebelah meja kami, lepastu dok nak gaduh2 dengan pelayan bar tu. Badan dah ah besar, silap haribulan boleh melambung mamat tu kalau kena hayun. haha




*nota kaki : semakin korang dekat dengan pantai, makanan akan semakin naik harga. So, kalau korang rasa nak murah2, kena berjalan ke arah masjid aonang lah. Makanan dieorg not bad jugak dan harga murah.


Keesokannya kite orang lepak2 je pagi tu (Free & Easy) sebab tengah hari nak catch ferry untuk pergi phuket pulak. Ferry pon kami dah book awal2 dah (Thb 700). Penuh yang amat dalam ferry tu, sampai ade yang duduk2 kat luar tu. Ade yang berjemur dan ade yang memang takde seat.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Thanks singgah blog aku. ig & twitter : @pumaterbang

Okay, jom sambung entry Phuket pulak. Baca tau entry phuket, ade bonus tuuu.

 

Comments