Hong Island, Krabi




Hai, okay untuk one day di hong island, travel agency ni memang akan amek kat hotel/hostel. So, lepas sarapan, kami tunggu lah depan hostel.


A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

First island kami singgah is red island. Kat sini nasib tak berapa nak baik sebab air keruh so tak berapa nampak lah ikan2 kat sini. Air beralun pon kuat jugak, lepastu aku mula2 acah2 tak nak pakai life jacket, lepas je 5 mins dah start semput mengayuh. cehhh berlagak lagi. padan muka. So, tak lama lepas tu naik lah, sebab nak gerak ke next island (situ tak best). Nak tau kenapa island nie panggil red island? hah tengok gambar bawah ni.

A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on

Lepastu boatman direct bawak kami ke hong island. Kat sini lama jugak lah kami lepak dan lunch pon akan di sediakan disini. Disebabkan kami sampai agak awal, so tak berapa ramai lagi kat sini.  Untuk pengetahuan korang, kat sini ade natural forest tau so kami lepak2 mandi, amek2 gambar kejap dan kami decide nak treking sikit lepas dah bosan dok jadi beruang air.


 
A post shared by Pumaterbang (@ashraffadzeman) on






Lepas dah makan, lepak, mandi2. Boatman dah start panggil sebab nak pergi destinasi lain pulak. Next isssss, hidden lake. Mula2 aku ingat kan trecking tadi boleh sampai tempat ni tau, sebab dalam map, nampak dekat sangat. Bile tanya jaga pantai tu die cakap kena pergi naik boat. So, alhamdulillah lah singgah sini jugak sebab tempat nie lawa yang amat. Aku amazed jugak lah dengan tempat nie. 

Sini satu2 nya pintu masuk dan keluar dari tempat tu (laut).


Kat sini lawaaa dan air die pon tak dalam (paras dagu je). So, lepas kami semua dah bergambar2, boatman bawak kami ke next destination pulak which is paradise island.


Ni merupakan island terakhir kami. Kat pulau ni kami ada masa 45mins untuk santai, mandi, or nak relax2. Tak tau kenapa tapi aku rasa air kat sini sejuk compare to pulau2 lain. Dan sini agak tenang lah. Kami boleh tidur2 kejap.




Bye paradise island

On the way nak balik ni, ade sorang dari ramai2 dalam boat tu termuntah2 pulak. dah jadi satu hal. Lepastu bile ada orang tolong hulur air, kemain kekwat. kesian aku tengok orang tu struggle nak tolong. Perjalanan amek masa lebih kurang sejam untuk sampai jetty. Boatman terpaksa bawak kami balik sebab cuaca agak tak mengizinkan.

Jom sambung baca bagi habiskan trip ni. Thank you!




Comments