Hai. apa khabar korang?
Tertibe
rajin nak update cerita pasal trip perhentian haritu. Nie kire aku
punya short trip je lah. Ye lah 2 hari 1 malam je. Nak lepas kan gian
dive punya pasal. Asalnya aku plan nak pergi sorang
je. Tiba2 kawan sorang nak ikut, so jalan je lah berdua. Kiteorg gerak jumaat
malam sabtu naik bas dari klang (rm100 return untuk sorang). Kalau
korang area KL, korang boleh naik dari tbs je tak sure harga berapa. Hah, bagi yang tak tau, korang kena naik bas turun kat Kuala Besut tau.
Sampai
sana dah pagi. So kami sarapan dulu sementara tunggu boat sampai. Tapi
sebelum tu korang jangan lupa beli tiket boat pulak kat kaunter. rm 70
return dan amek boat paling awal. Kat situ banyak lah kaunter tiker, korang boleh je pilih mana2. Macam aku, aku pilih 'Perhentian trans holiday'. Dah settle beli tiket tu, kami dok bergambar2 tepi jetty, konon2 buat live fb. so, korang boleh lah nak penuh kan memori korang dengan gambar swafoto ke melantak bagi kenyang ke. Jangan sampai lupa tengok jam sudah.
By the time kami sampai pulau, dah
pukul 9 lebih. Sebabkan kawan aku sorang nie takde lesen dive, die kena lah pergi
snorkeling. HAHAHA dia amek pakej yang rm40 sehari. hah, yang nie pon banyak, almost every resort ade buat trip snorkeling sekali. And ade jugak kaunter2 kat tepi pantai tu, pergi je tanya. Lama gak lah die pergi. Aku?
lepak2 kejap tepi pantai *shade on* iykwim. hahaha
Hah
untuk pengetahuan korang pulau perhentian nie ade banyak pantai tau.
macam aku stay kat coral bay je sebab tenang dan tak ramai orang sangat.
kalau lagi satu (long beach) tu biasa malam ade partyyyy!! hahah. so,
kalau korang nak enjoy2 boleh dok sana. Ala, dari coral bay pon bukan
jauh sangat pon, boleh je nak jalan kaki pergi sana.
Nie kat coral bay. takde lah kuat sangat ombak die kan. |
Untuk hari first tu, aku dapat 2
dive je (satu dive rm75). Dah lama tak dive kan, kalau ikut hati, 2 je mana cukup. Maybe next time aku akan datang lagi sebab dive site yang orang cakap setiap diver kena pergi bila dah sampai perhentian is 'sea temple'. Korang boleh lah cari seavoice
divers kat coral bay tu. Staff dieorg friendly gile + orang local. so,
senang korang nak blend in.
Otw pergi dive. terbaik! |
tah siapa lah aku suruh amek gambar aku. |
Hah berkenaan tempat
tinggal, aku stay kat wani. satu bilik untuk satu malam rm100. kire
murah lah jugak. Pada yang nak jimat tu, korang boleh jugak stayy kat
dorm. rm30 satu malam. Sampai sana baru tau, rugi rm20 aku. hahaha Dan
kalau nak lagi murah korang boleh jugak stay kat khemah, rm 10 satu
tapak.
Lawa kan? |
Selain dari dive dengan snorkeling, korang
boleh jugak tracking kat sini. yang popular kat sini is naik windmill
lah. tempat tu lawa, view superb, cuma nampak lah tempat tu tak terjaga. So, jalan sana hati2
je lah. Ade orang berani main terjun2 kat jetty windmill tu, aku tak
berani sebab masa aku sampai haritu tengah hujan. Air laut time hujan
nie bukan boleh buat main. So, kalau korang memang gamble nak main
lompat2 kat situ, hati2 je lah. jangan suka sangat.
One
more thing, kalau korang jenis yang berkepit dengan phone tu, kat sana
celcom je yang ade line. tu pon macam biskut kejap ade kejap takde. tapi
kannnn, korang spend duit untuk melancong kot (even dalam negara pon),
tak kan nak berkepit jugak dengan phone. baik duduk rumah.
Pasal
makan pulak, kalau korang malas nak bawak makanan, korang boleh je
makan kat sana. semua halal cuma korang kena bawak duit lebih sikit lah.
a lil bit pricey, satu plate rm10, teh o ais rm4. Nak jimat? bawak
megi.
Total cost aku habis kat sana lebih kurang 400 lah all in. kalau korang tak dive mesti lagi murah.
Conclusion
nya, kalau korang memang teringin nak travel tapi kesuntukan duit.
boleh je lepas2 gian kat dalam malaysia. Malaysia pon banyak je tempat2
lawa. jom keep in touch kat ig : ashraffadzeman n twitter : @pumaterbang
Wahhh bestnya. What if kalau perempuan yang pergi? Asrama tu ada untuk perempuan juga ke?
ReplyDeletesure ada. cuma tak sure dieorang ada website atau tak.
Delete