JAPAN TRIP

Hai semua!


Okay. Dah lama sangat tak update blog nie. aku nak start dgn trip jepun aku yg dah lama lepas. tahun lepas ekceli. peram punya peram dah 6 bulan rupanya. hahah konflik nya is laptop aku proble lah nak edit vid tak lepas bagai. gambar2 dalam lappy.

Alright straight to the point eh. Aku kalau nak cerita bajet2 sgt nie tak de lah pandai sgt. Korang nak dgr cerita trip ke nak tau detail2 bajet bagai?

Nak jadi kan cerita aku pegi nie berempat. sorang kawan aku dan lagi dua kawan atas kawan. Plan asal dieorg nak buat trip winter tapi tup tup beli date yg baru nk masuk winter, kire salji tu baru geli geli lah turun. tu pon kat sapporro. Aku biar dieorg yg plan untuk date and tiket. sbb time tu aku sorang kat johor, dieorg kat kl. n aku paling noob. hahaha. dieorg pon beli kat matta fair (some people ckp, kat matta fair kadang takde lah murah sgt. kena game je) dieorg tugaskan aku buat iti. haha

So, kesudahan nya dieorg beli tix untuk 25/nov sampai lah 7/dec. so total up lebih kurang lah 11 hari. 25hb tu gerak malam. sampai sana 26hb pagi. hah lupa nak mention, aku naik MAS so kat situ je dah habis rm1.5k untuk return. kalau korang nak jimat boleh naik air asia rm800 pon boleh dapat kalau tak silap.


time chill2 kat klia

sampai2 kiteorg terus set tukar jr pass (harga rm1k+-) kat stesen train dieorg. dekat je dgn airport. kalau korang dah keluar dari airport tu. naik tingkat 3 kalau tak silap. pastu seberang jalan sampai dah stesen ketapi dieorg. sebelum tu korang boleh beli tix osaka amazing pass kat information center kat groud floor. plan lah sebelum gerak tu korang nak pakai osaka amazing pass nie untuk bape hari. sbb die ade jual pass yg sehari, dan ade yg 2 day pass. korang boleh klik link nie Osaka Amazing Pass untuk maklumat lanjut. gambar bawah nie time kiteorg kena intebiu dgn agent sana, nape dtg jepun n so on. mungkin kami meragukan kot. haha. lepas dah habis interview, borak2 lah kejap. then kami malu kejap bile die tanya, 'how malaysia?, the corruption still going?' lebih kurang camtu lah ayat die. pergh jepun  negara maju pon tau pasal malaysia. malu!!


ni time dah sampai sana, tertibe kena soal siasat.

budak2 jakun naik train

Ni hah bullet train yg ramai cuba nak naik. Best!

Tapi kami tak terus guna pon sbb plan nya nak terus pegi tokyo. to be exect tokaidogakume (ni rumah kawan kepada kawan aku tu). plan asal nak pegi rumah mmber tu untuk letak barang lepas tu nak pegi hakone, tp syg kite cuma merancang. mmg tak sempat sbb kawan tu baru balik kerja n agak tak sempat lah. so, hari tu just free n easy je. tertangguh niat aku nak pegi onsen kat sana. hahah *evil face* so, round2 area situ then hah nak bgtau nie, in case korang ade tergerak hati tertibe nak beli tix disneyland @ disneysea ke atau tix kapal terbang ke tix bas ke, kat 7e dieorg boleh beli kay!! (kire convenient store dieorg lah)

Ni lah makanan aku yg aku hadap hari2. tak ingat bape harga tp makan yg seafood je lah

tak ingat namanya tp not bad. kawan ckp makanan nie halal, so, aku melantak je lah. haha

Pintu masuk disnneyland.
Dalam disneyea
Belakang tu kami main, best. die buat konsep mcm doctor gile punya rumah

opsss. whatchout girls.
So, nak dijadikan cerita hari first tu kiteorg pegi disneysea, okay bg aku disneysea nie biasa je. cumanya kalau korang confius nak pilih disneysea atau disneyland. baik pilih sea lah sbb nya disneyland nie more kpd budak2 punya game. disneysea nie pon tak banyak sgt main benda sbb delay bergambar n org ramai sgt. okay sentuh bab fee pulak harga die 6.9k yen so lepas dah convert ikut rate aku pegi dulu jadi lah rm245.64. here some info kalau korang masuk disneysea nnt korang boleh plan terus pegi tempat yg korang nak main then cuba dapatkan 'fast ticket'. kalau korang ade tix nie, ade kelebihan kat korang, tak yah beratur pepanjang. cuma syarat die, contoh lah kau amek tix tu pukul 9 pagi, takde lah boleh terus main 9 pagi tu, nnt kat ticket die tulis pukul bape kau boleh guna tix tu. so, tak yah kau bazir masa beratur. boleh jejalan ngorat amoi jepun ke.

tokyo tower
harajuku. acah2 mmbaca lak. hehe

ni lah shibuya crossing, lokasi kejadian dan crossing nie record crossing paling ramai org lalu.

pastu 2 hari lepas nya kami round2 lah tokyo. pegi odaiba, ala tempat gundam berdiri gah tu, then pegi building yg tempat digimon berlakon. haha. pastu jejalan asakusa tuk beli ole2 tuk org tersayang kat malaysia. pastu pegi harajuku then shibuya. okay kat shibuya nie ade cerita. shibuya nie elok pegi time dieorg balik kerja so, around pukul 5 ke 6 ptg, time tu dah start nak gelap dah. so kami pon mmg sampai around that time lah. kat sana dah habis bergambar2 bagai so, by the time nak balik tu aku baru perasan JR PASS aku hilang! damn itttt... haha aku tercicir kan pass tu. pass tu dah lah mahal + penting nk naik train bagai. so, sisa2 malam tu habis tuk cari jr aku je, aku malas susahkan dieorg so, aku suruh dieorg lepak starbuck kat shibuya tu je then aku pegi lah berjalan kaki dari shibuya ke harauku cari pass aku tu balik, malangnya kedai situ banyak tutup dah, so, aku tak dpt nak tanya kedai2 yg aku singgah. ye lah kan mana tau aku jumpa balik pass aku tu. malam tu emosi cam tak terkawal ciked lah. cuma luckl aku nie mmg jenis malas nak pikir2 sgt. okay jugak lah malam tu. boleh happy2 bergambar2 bagai. esok tu dah nak pegi kawaguchiko.

Bas dari shinjuku ke Kawaguchiko

Pagi2 tu kami bangun awal ciked lah, sbb nak kejar bas kan. hahah. bas nie naik dari shinjuku dan amek masa dalamm 2 jam dgn harga rm62.30 (ikut rate 35.6). sampai2 sana kami bergambar dgn mr. fuji sikit pastu kol shutter tempat tidur kami tu suh amek. sbb nak letak barang dulu. 

shutter kami dari k's house

So, plan asal kami nak pegi 5th station je. tp kawan kami yg duduk jepun tu cakap kena try masuk fujiQ highland. kire tu mcm theme park lah lebih kurang mcm genting highland tp lagi best!! hahaha so, kami pon ikut kan lah. mmg best gile pon! kalau korang suruh pilih antara fujiQ, disneysea dgn disneyland, aku suggest korang pilih fujiQ nie lah, die ade 4 rollercoster yg top, korang main yg tu je pon dah cukup. pastu in addition korang masuk lah rumah hantu die. best lah bagi aku (sbb aku pernah masuk rumah hantu zaman hari kantin sekolah dulu je) hahah. so, kami decide amek half day je kat sana sbb nak ronda2 tempat lain pulak since masa terhad kan. plan nya nak sambung 5th station lak tp malang by the time kami nak pegi tu dah tutup. hahah. so, kami jejalan pusing lake je lah then naik cable car die. silap aku kat sini lah sbb tak study pepuas pasal kawaguchiko nie, sbb ade org yg pegi masuk gua die lah, then pegi perkampungan yg cuma ade 20+- (kalau tak silap) rumah je kat situ. so, agak cantik lah n sgt berbaloi lah. so, malam tu kami free n easy je, aku jejalan dgn kawan aku yg aku kenal dari group bbm kat fb tu, yg sorang die mmg nak jejalan sensorang then lg 2 pegi onsen. Damn, aku terlepas lagi nak pegi onsen. sobs *kesat air mata*.

Nampak mr. fuji?

mr. fuji vol 2.
Belakang tu kami naik. try youtube 'ejanaika'
masing2 cari port nak bergambar

baru belajar2 guna iso dgn shutter speed kat gopro

wajah berseri tuuu

time ni duit aku dah start kurang. so, aku avoid makan2 kat restaurant. hahaha

Natang JR Pass aku tu hilang kat sini lah
Dari mana eh brader nie. tp borak2 kejap je, sambil aku amek angin penat berjalan.
brader japanese nie lepak borak dgn aku sampai temple, tukar2 fb tp aku lupa fb die! hahah

woot woot. kimono girl in the house,
 Teruja tgk budak kolej sana, biasa tgk dalam anime je.

keesokannya mmber aku tu mmg nak start jalan sorang dah. n lg dua tu nak pegi jumpa awek jepun yg dieorg kenal dari applikasi 'line'. so, aku tinggal lah sorang sbb aku punya JR PASS takde kan. aku decide tok jejalan cari jr aku je lah. alhamdulillah jumpa. then aku habiskan whole day jejalan solo kat tokyo, best! korang yg tak pernah jalan solo tu jgn takut, chill je. solo is not a bad thing tho.malam tu kami kumpul balik sbb nak pegi sapporo. wuuuuu.. asalnya sapporo takde dalam plan pon cuma dieorg buat plan mengejut sbb nak main salji punya pasal. untuk ski tu fee kiteorg 8k yen bersamaan rm 284.80

Hi sapporo!
ni time berjalan pusing2 bandar sapporo

okay saporro pulak kami cuma main ski ais je. kalau korang banyak duit, boleh makan seafood die especially ketam die. sedap! pastu jalan2 lah area saporro tower tu, ade cam festival. quite good. beza sapporo dgn tokyo is dieorg ni countryside sikit. so, agak tak macam robot lah. haha berborak2. memalam dieorg ade mcm dancing jalanan lah. best gak aku usha. pastu tempat dieorg agak messy sikit. puntung rokok bersepah sana sini. kalau kat tokyo susah sikit nak jumpa sbb dieorg mmg ade khas kan tempat tuk smoke. tak leh smoke sembarangan. roughly kami spend kat sana 3 hari lah termasuk dalam flight.


seeeee. belakang2 tu semua pakcik2.
Fushimi Inari
ni lah bass pass die
Bamboo forest.
philosopher walk
Charlie's angle
Gemok2 kucing tepi jalan dieorg. makan ape tak tau lah.
Tak tau knp tp aku sgt teruja tgk pokok warna merah. hahah


berbaki dua hari ni aku decide untuk solo sbb plan dah lari banyak sgt dan aku terdesak. hahah. so start with kyoto, alhamdulillah aku ade contact dgn kengkawan yg pernah pegi jepun, dan yg selalu travel. so, dieorg lah tempat aku mengadu n tanya pendapat. yg pernah pegi jepun tu lah suggest kat aku tempat yg wajib pergi kat kyoto. sbb asal nya plan kyoto aku 2 hari stengah. now dah jadi sehari. sobs. so, that day aku solo aku pegi arashiyama (bamboo forest), kiyomizu temple, philosphoper walk, fushimi inari then makan kat one of muslim food kat sana. kyoto nie one of countryside jugak area sini penuh org2 tua, yg muda ciked je. hah btw, kalau korang singgah kyoto, better pakai bass pass die je sbb attraction die senang sampai dgn bas je. harga die 500 yen (rm17.80) sehari. unlimited. kau nak naik sampai muntah pon takpe. so, sehari suntuk aku stay kat kyoto. menjelang malam je aku stay lah kat rumah kawan aku nie, kenal dari group bbm jugak. alhamduillah die percaya nak bg aku tinggal dgn die free of charge. thanks AJIB! sebelum tu time aku makan kat muslim restaurant tu, aku borak2 lah dgn one of australia guy nie. tinggi bai, n aku ingat die tua dari aku. what make aku kagum dgn die is die baru 18 tahun n die dah travel solo. damn, 18 tahun aku masih lagi plkn doh. n die jemput aku dtg tempat die. in shaa allah one day nnt eh. doakan aku tau. kahkahkah.

Osaka Castle, acah2 samurai lak


Floating Garden


View dari atas floating garden

Dotonbori
birthday treat. heheh

so, osaka aku tak banyak mana pon jalan. just pegi osaka castle, ferry wheel, floating garden, dotonbori n shinsaibashi. kalau ikut kena cover 2 hari setengah jugak tp aku cover sehari je. tak banyak sgt lah boleh cover. all by myself agak bosan lah sbb esok tu birthday aku kot! n aku sensorang terkapai2 di tengah bandar matahari terbit berbekalkan yen yang tak seciput, dan secalit semangat yg diberikan (THANKS TO YOU). plan aku nak naik cruise, tp tak sempat. so, maybe kena naik cruise kat tempat lain kot. haha. hari tu cepat betul berlalu, tak banyak yg aku mampu ulas, cuma kat floating garden tu aku dapat make some friend lah. die org indon n mmg stay kat osaka sbb study sana. dan kebetulan malam tu die nak pegi dotonbori n shinsaibashi jugak. so, kami jalan2 area sana. window shopping. gituuuu. sbb nak shopping sgt pon duit dah ciput kan cuak tak dpt balik je. hahah. nak beli perfume! tp tak dapat. sambil2 window shoping tu aku citer lah aku dtg japan sebab ape. (sebab utama konon nak celebrate birthda kat sana) haha. dan unsangkareble die decide belanja aku green tea ice cream. *terharu* bahahah. happy birthday to me happy birthday to me (nyanyi dalam hati). then malam tu aku tk perasan yg aku dah terlepas train last. so, aku lepak je lah kat osaka station tu sejuk2. sambil bertemankan embun dan angin sepoi2 bahasa.

hah sebelum aku terlupa. kat sana korang tak payah rent pocket wifi pon takpe. depends pada korang lah jugak unless korang mmg nak berkepit dgn alam maya 24 jam. as for me, aku rasa tak perlu pon sbb kau habis duit bebanyak end up kau main phone je. rugi brooo. alah, bab jalan tu kau boleh study awal2. pastu rajin2 tanya org, mana tau tup tup jodoh kau ke. okay, kat jepun nie tak susah pon nak cari wifi, mostly kat semua station ade, pastu convenient store contoh 7E, lawson, family mart n mcm2 lagi lah. even dekat bus stop die pon ade, cuma nya korang kena siap2 download Wifi apps nie atau yg Wifi apps 2 nie. aku ritu download je both tp guna yg no 2 tu. hahha so, korang tak payah risau sgt. pernah kat tokyo tu aku rasa cam salah masuk train n dah lah tkde internet time tu, aku acah2 lah berani tanya org sana, yg bagus nya even org tu nampak rushing, tp die tolong jugak hahah kesian die. bukak jugak google tolong carikan info. bagus2.


Selamat tinggal bumi jepun

tamat lah pengembaraan pertama aku yg penuh suka dan duka. aku harap nak upload vid. tapi tak siap lagi! hahah Setelah setiap yg berlaku akhirnya finalize trip aku nie lebur rm6k. all in termasuk flight dan penginapan makan fee n so on. jgn rasa mahal, sbb kalau korang study lebih + tak tukar plan ondespot in shaa allah boleh lagi murah. gambate! create your own memories.

jom borak di twitter atau insta : @pumaterbang



Comments

  1. best tak floating garden tu??best tak fpt pegang salji?hewhewhew....bila pulak turn iolls en en en.next trip update blog buat by part on days(Day 1,Day2, Day3) haaaaa lepastu convertkanlah ke duit malaysia....boleh bajet terus kot kot nak pergi hehehe.and add moreeeee picturessssss please

    ReplyDelete
    Replies
    1. floating garden best! cuma just view je lah. awak akan nampak almost one osaka dari atas, lebih kurang cam tgk dari atas klcc lah. cuma floating garden nie open air. heheh salji? yes best, time main ski tu i makan salji tu. kahkahkah (suci kan?) boleh je nak pegi overall bajet i rm6k termasuk tiket. tp boleh je kurang ke 4k max all in. kena pandai bajet n stick to the plan, jgn laghoh mcm i. heheh bukan tak nak buat ikut date cuma since benda nie dah lama, only memories remain, date tak brp nak remain. heheh alright pic on the way. btw, thanks for the comment!

      Delete

Post a Comment