Andai

Andai masa bisa diputar kembali,
Andai aku tahu apa yang kau rasa, 
Pasti aku insan paling gembira, 
Tapi sayang kau hanya berdiam diri. 

Andai aku pernah membuat kau terasa, 
Terus teranglah pada ku, tegurlah aku,  
Dgn cara lembut mahupun kasar, 
Andai kasar mampu membuatkan ku berubah, 
Lakukanlah! 

Kau sahabat pertama,
Yang terlalu memahami ertinya sahabat, 
Yang bergembira dikala sahabatmu gembira,
Dan menitis air mata tatkala kawan mu bersedih.

Sanggup berada dalam kesusahan, 
Demi melihat kawan bahagia. 

Maafkan aku andai aku merosakkan kepercayaan mu,
Bukan itu niat dihati, 
Aku terlalu sibuk memandang kehadapan,
Hingga terlupa kau sentiasa berada bersama ku. 

Mungkin aku tidak lah sesempurna sahabatmu yang lain,
Maafkan aku kerna aku tidak layak untuk mu, 
Andai bukan aku yang mengguris hatimu, 
Kongsi kan lah padaku apa yang kau rasa, 
Agar berkurang rasa bersalah diri ini. 

-Ashraff Adzeman-

Comments

  1. Well done, why din I read this before? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't know. hehe. jarang visit sape suruh. haha

      Delete

Post a Comment