Saving!!!

Asalamualaikum pembaca sekalian. Entry kali ini berkisahkan tentang amalan menabung. Mengapa perlu menabung? Manusia hari ini sering alpa dan leka untuk mempunyai satu tabung simpanan. Disaat berduit memang rasa tk perlu menabung nie, tp bila time kurang duit atau lebih dikenali pokai. Time tuh lah rasa 'untung kalau aku menabung' 'kenapa lah aku boros' dan sebagainya. Hah, yg dok pinjam ptptipu tuh. Hahah. Itu panggilan org sekarang kpd ptptn. Kalau tk menyimpan dari sekarang, bila nak bayar pinjaman tuh? Nak tunggu cucu cicit bayar kan? So, belajar lah dan mula lah menyimpan.

Mungkin entry nie lebih menjerumus kepada yg boros. Kalau yg pandai simpan duit tuh nak baca pon boleh. :) 

Mengapa perlu menabung? Yg paling pentingnya kita menabung nie adalah untuk masa depan kita. Bayangkan disaat pertengahan bulan, anda atau keluarga anda terpaksa dihantar ke hospital dan kos rawatan sangat tinggi. Di manakah korang nak kaut duit? Sungai Klang? Memang tkde lah bro. So,  simpanan yg kita buat nie lah yg bakal jadi superman atau hero dalam hidup anda. 

DUIT!!! Zaman nenek moyang kita memang kurang berharga nilai duit nie. Tapi zaman sekarang nie, pergh nak masuk tandas pon 20 sen bro. Siap ade yg rm5 lagi. Duit tersangat lah penting. Duit lah punca pada yg berperang, membunuh, menyayangi, org tunduk, org bermegah dan macam2 lagi. Secara logiknya, zaman sekarang dan akan datang kaya akan menjadi semakin kaya dan yg miskin akan menjadi semakin miskin. Kenapa? Sebab wujud nya rasa tindas menindas selain itu adalah tanda2 kiamat dah dekat. Ingat nie JANGAN JADI HAMBA KEPADA DUIT!!!

Dah tersimpang jauh Pulak. Sorry2. Itu baru mukaddimah. Okay. Menabung?

Banyak cara untuk menabung sekarang. Itu semua ikut kreativiti masing2 untuk pastikan duit anda dalam keadaan selamat tanpa diganggu oleh nafsu2 yg sentiasa ade.

Kalau dulu ape yg saya faham ialah tabung tuh satu balang kosong yg akan diisi dgn duit syiling. Tp zaman sekarang nie apa2 pon boleh. 

Antara cara yang saya cuba kongsi kan anda buat satu akaun bank yg mudah untuk jumpa mesin bank in. Dan tetapkan setiap bulan anda masukkan rm100, mungkin rm200 atau mengikut kemampuan anda. Jgn terlalu banyak sangat sampai duit untuk makan pon tkde. So, berpada2 lah. Dan kad ATM tuh jgn pula anda simpan tp bagilah kepada org yg anda paling percaya. Ingat!! Jgn bagi tahu Pulak password. Nnt tk pasal rasa mcm dah bank in rm10k last2 Check balik ade rm100 je. Mampuih. Dan disyorkan jgn kira duit anda dalam bank tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan daripada nafsu memakan diri anda. Kalau anda jenis kuat lawan nafsu tkpe, nie kalau yg jenis selalu kalah dgn nafsu sendiri yg susah.

Cara kedua, setiap perbelanjaan yg kita dapat baki duit syiling tuh, jgn simpan dalam wallet, simpan dalam tabung. Yg penting jgn selalu bawak duit syiling, selain meringankan beban nak bawak keh ulu ke hilir, itu juga membantu untuk anda simpan duit. Mungkin nampak macam sikit tp bila dah penuh tabung. Pergh terkejut jugak lah. Bak kata orang sikit2 lama2 jadi bukit. Dan jangan tayang tabung tuh Kat tempat senang nampak. Lagi elok sorok2 sikit supaya tak berlaku 'adoy, siapa amek duit dalam tabung aku? Kau eh? Kau eh?'. Tak pasal2 dah berlaku berprasangka buruk tuh.

Kepada org yg pandai main pelaburan nie. Elok juga kalau buat. Selain menabung anda pon dapat biarkan duit tuh beranak pinak. Pergh, best kan kalau duit dalam wallet tuh tertiba bertambah. Heaven weyh. Tp yg pasti benda tuh tk kan berlaku. Haha. Invest nie mungkin lebih sesuai kepada mereka yg ade income tetap setiap bulan, so, anda boleh merancang. Kalau tkde, anda tidak berapa nak digalakkan. Yg sebelum memulakan pelaburan, pastikan anda selidik dahulu dan bertanya yg pakar dulu sebelum anda menurunkan tanda tangan. Kalau tk buat boleh tapi nnt lu susah ah. So, kalau nak jaga duit anda, take it serious.

Bagi org pinjam pon salah satu cara menyimpan tapi amatlah tidak digalakkan. Sebab ape aku cakap bg org pinjam adalah salah satu cara menyimpan? Okay, contoh korang bg org lain pinjam, disaat dia bayar duit tuh balik. Sedar2 ade duit lebih. Hahah. AMARAN KERAS!! JGN BAGI PINJAM KEPADA YG JANJI SEINDAH SAKURA TP BUAT SEINDAH KENTUT!! Jgn bagi pinjam langsung pada yg tk reti nak bayar balik. Kalau setakat rm10 mungkin tk berapa sangat kalau nak dibandingkan dgn rm150 @250 @ 2k. Pergh perit sungguh untuk ditelan. Kalau kita kerja cop duit tk pe lah. Nie kita pon kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Akhir kata dari saya, terima kasih kerana singgah dan asalamualaikum. Berjumpa lagi di entry seterusnya.

Comments